Impian setiap Muslim

Dari Abu Safwan r.a, katanya Rasulullah (saw) bersabda : Sebaik-baik manusia ialah orang yang panjang usianya dan baik pula amalannya.

(Hadith Riwayat Tarmizi)

=======

Tidakkah kita  mahu menjadi sebaik-baik manusia?  Mari munajat kepada Allah.

Kata Mutiara hubungan kekeluargaan

Rasulullah (saw) bersabda : Kebaikan yang paling cepat memperoleh ganjaran pahala ialah kebajikan dan silaturahim. Dan kejahatan yang paling cepat mendapat hukuman ialah kezaliman dan memutuskan hubungan kekeluargaan.

(Hadith Riyawat Ibnu Majah)

Doa dari Al-Quran #17

Ya Tuhan kami, berilah keampunan kepadaku dan kedua ibubapaku dan seluruh orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat).

(Ibrahim [14] : 41)

Diterbitkan dalam: on Disember 13, 2008 at 2:15 am  Tinggalkan Komen  
Tags: , , , , , , , , , , , ,

Lagi mengenai kesedihan

Suatu hari Rasulullah (saw) masuk ke dalam masjid, terdapat seorang lelaki Ansar yang dipanggil Abu Umamah r.a duduk di dalam masjid, Nabi (saw) bertanya kepadanya: Wahai Abu Umamah saya tidak pernah melihat engkau duduk di dalam masjid bukan waktu solat?

Jawab Abu Umamah r.a:  Keluh-kesah dan hutang menimpaku wahai Rasulullah (saw).

Jawab Nabi (saw) : Mahukah kamu aku ajarkan beberapa kalimat, apabila engkau membacanya, Allah akan menghilangkan keluh-kesah dan melangsaikan hutangmu.?

Beliau menjawab: sudah tentu wahai Rasulullah (saw).

Jawab Baginda (saw) :  pada waktu pagi dan petang bacalah:  Ya Allah, aku memohon perlindungan denganMu daripada keluh kesah dan kesedihan, rasa lemah dan kemalasan, Aku memohon perlindungan denganMu daripada sifat penakut dan kebakhilan, dan aku mohon perlindungan denganMu dari bebanan hutang dan dikuasai seseorang. (Hadith riwayat Abu Daud)

Baca seterusnya di Koleksi Soal Jawab Agama

Kata Mutiara Pengorbanan

Seseorang itu dimuliakan bukanlah disebabkan oleh apa yang dimilikinya, tetapi kerana pengorbanannya untuk memberikan manfaat untuk orang lain.

Sesungguhnya pengorbanan itu bermaksud, usaha seorang hamba untuk mendekatkan diri kepada penciptanya melalui amal perbuatannya yang ikhlas.

Jujur adalah sebuah pengorbanan yang tidak hanya membuat diri kita terhormat di mata orang lain tetapi lebih utama lagi, terhormat di sisi Allah.

Pejuang sejati boleh dilihat dari seberapa banyak pengorbanan yang diberikan.

Orang yang tidak mahu berkorban adalah orang yang menunjukkan kehinaan dirinya.

Ciri orang yang beriman adalah senantiasa rela berkorban untuk kepentingan umat.

Kesungguhan, kegigihan, keikhlasan dan pengorbanan adalah pilar-pilar cinta sejati.

Tunjukkan rasa cinta kita dengan berkorban kerana tidak ada cinta tanpa pengorbanan.

Allah membenci orang yang bersifat kikir kerana kekikiran itu akan menimbulkan kezaliman dan kedengkian.

Semakin orang itu mencintai apa yang dimilikinya semakin sulitlah dia berkorban untuk orang lain.

Jadilah manusia yang senantiasa mahu berkorban untuk sesama kerana itu menunjukkan kemuliaan akhlak.

Allah sangat mencintai orang-orang yang selalu ingin membahagiakan orang lain dengan apa yang dimilikinya.

Semakin seseorang itu banyak berkorban untuk orang lain, semakin mulialah dia di sisi Allah dan manusia.

Allah mencintai orang yang berkorban dengan harta dan jiwa untuk menegakkan kebenaran.

Allah sangat mencintai orang-orang yang berkorban untuk mendapatkan keredhaanNya, kerana itu menunjukkan cinta sejati pada Allah.

Memohon Kehidupan Baik yang Berpanjangan

Ya Allah, dengan ilmu Engkau akan alam ghaib dan kekuasaan Engkau ke atas makhluk, Hidupkanlah aku ini selama kehidupan itu lebih baik bagiku, dan matikanlah aku bila kematian itu lebih baik bagiku.

Aku memohon kepada Engkau akan perasaan takut kepadaMU dalam perkara ghaib dan kesaksian.   Aku memohon kepadaMu, tetap ada kebaikan didalam kefakiran maupun kekayaan.

Aku memohon kepadaMu, kenikmatan yang berpanjangan.  Aku memohon kepadaMu, kebahagiaan hati yang tidak akan terputus.  Aku memohon kepadaMu redha setelah adanya takdir.

Aku memohon kepadaMu keselesaaan hidup setelah kematian.  Aku mohon kepadaMu kenikmatan dalam melihat kehadiranMu dan rindu akan pertemuan denganMu tanpa kesulitan yang menyulitkan, dan tidak ada halangan yang menyesatkan.

Ya Allah, hiasilah kami dengan perhiasan iman, dan jadikanlah kami pemberi pentunjuk yang menunjukkan kebenaran.

Aamin, ya Rabbal aalamin…

.

======

Sahabat-sahabatku,

Tidaklah aku nukilkan yang terbaik yang telah aku temui melainkan untuk diamalkan  dan disebarkan. Buat diriku yang lemah ini dan semoga dapat dimanfaatkan juga oleh semua.

Diterbitkan dalam: on Disember 3, 2008 at 11:32 pm  Komentar Ditutup  
Tags: , , , , ,

Doa dari Al-Quran #16

Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai dan masukkanlah daku dengan limpah rahmatMu dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh. (Al-Naml [27] : 19)

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 247 other followers