Gurindam nasihat

Marilah bersama kita renungkan kata-kata ini.
Semoga segala perlakuan kita semua akan sentiasa diberkati dan dirahmati oleh
Allah SWT pada setiap masa dan ketika.

* Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.

* Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.

* Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.

* Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat.

* Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat.

* Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat.

* Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat.

* Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat.

* Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi pesat.

…….

TETAPI AWAS, apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat,

kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.

* Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat.

* Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat,

* KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat.

* Apabila manusia telah mengubah tabiat,

* ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.

* Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat.

* Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat.

* Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.

* Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat.

* Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jer la

* minyak gamat.

* Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.

* Semua nak tunjuk kuat.

* Bila berjudi, percaya unsur kurafat.

* Tapi hidup pula yang melarat.

* Tali kasut dah tak berikat.

* Rambut pun jarang sikat.

* Yang perempuan, pakai mini sekerat.

* Suka pakai baju ketat.

* Suka sangat menunjukkan pusat.

* Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.

* Pakai pulak yang singkat-singkat.

* Kadang-kadang ternampak benda ‘bulat’.

* Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.

* Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.

* Duduk jauh berkirim surat.

* Bila berjumpa, tangan berjabat.

* Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.

* Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.

* Usah peduli agama dan adat.

* Usah takut Allah dan malaikat.

* Yang penting apa kita nak buat?

* Kita ‘bukti’ lah kita buat.

* Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.

* Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah pula anak-anak yang tak cukup sifat.

* Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di merata tempat.

* MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.

* Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.

* Habis manusia telah tersesat.

* Inilah dia fenomena masyarakat.

* Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,

* Marilah kita pakat mengingat,

* Bahawa dunia hari ini makin singkat,

* Esok atau lusa mungkin kiamat,

* Sampai masa kita semua akan berangkat! .

* Berangkat menuju ke negeri akhirat.

* Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.

* Masa tu, sindri mau ingat.

* Umur mu banyak mana mu buat ibadat…?

* Zaman muda mu, apa yang telah mu buat…?

* Harta benda anta, dari mana anta dapat…?

* Ilmu anta, adakah anta manafaat…?

Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera meninggalkan maksiat

dan memperbanyakkan ibadat.

About these ads
Diterbitkan dalam: on Januari 13, 2008 at 4:33 pm  Komentar (17)  
Tags: , , , , , , ,

URI untuk TrackBack kemasukkan ini adalah: http://permatakata.wordpress.com/2008/01/13/gurindam-nasihat/trackback/

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini.

17 KomenTinggalkan komen

  1. sungguh padat, sendat, ketat punya ayat. :D

  2. Bila manusia sibuk dgn kerja, solat pun lupa. bila d tegur, takde masa..kata masa pendek.manusia2 sibuk berlumba2…bila dah tau nak akhir zaman, masih juga melambat2 kan taubat..

    Mudah2an kita tak tergolong org yg lalai

  3. @Affuan, ayat ko pun semacaamm jer bunyi. ;)

    @killerheelrox, ameen…. memang kita manusia yang alpa. mana url?

  4. GURINDAM INI MMPUNYAI BNYK NASIHT & PENGJRN.SAMA-SAMALAH KITA MENGMBIL PNGAJARN DRPDNYA

  5. gurindam ini memang hebat,membacanya sangat nikmat,sampai lupa nak berehat,serase macam makan coklat,tak nak berhenti sebelum tamat,semoge kite dapat manfaat,hingge cepat cepatlah kite bertobat,sebelum ajal kite dah dekat,sebelum dunie ini kiamat,wasssalam sobatku yang keramat

  6. [...] Gurindam nasihat [...]

  7. sangat terhibur dan penuh dengan nasihat yg berguna..saya mintak share..semua yang saudara tulis dalam blog ni sangat bermanfaat..terima kasih

    • sama-sama. ambil lah mana yg suka. manfaat bila diamalkan.

  8. terbaik…..

  9. macam kopi pekat likat melekat

    • ;)

  10. gurindam itu padat,singkat,di baca nikmat,banyak manfaat,banyak falsafat,tidak menjerat,atau mengikat,,,,tidak seperti cabe tapi seperti tomat kalo udah masak merah mengkilat,,,moga kita tidak mnjadi orang yg tersesat,,,,,dan bnak bertaubat sebelum terlambat,,,amin

  11. mohon izin untuk saya copy

  12. cerminan ahklak munusia..

  13. bermanfaat dunia dan akhirat.

  14. Gurindam.a bgus tpi itu bhs qk aneh,pkek bhsa pa y. .

    • bahasa melayu malaysia


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 247 other followers

%d bloggers like this: