Jangan sombong dengan kelebihan sementara

Seorang Executive muda yang berjaya sedang memandu disebuah perkampungan di pinggir Bandar. Ia memandu agak laju dengan sebuah kereta WAJA yang berprestasi tinggi yang baru sahaja dibelinya. Sambil ia memandu perlahan-lahan ia sedang memerhatikan seorang anak kecil dicelah-celah kereta yang diletakkan ditepi jalan , ia memperlahankan keretanya untuk melihat sesuatu yang difikirkannya.

Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut melintasi kawasan tersebut ; anak kecil tidak kelihatan tetapi seketul batu dilontarkan tepat mengena pintu disebelah kanan kereta Waja tersebut.

Apalagi Executive muda tersebut menekan brek sekuat hatinya dan berundur ke tempat dimana Anak kecil tadi berdiri. Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus meluru ke arah Anak kecil , menarik tangan anak kecil dan menghempasnya ke kereta yang terletak ditepi jalan dan terus memarahi Anak kecil tadi :

” Apa ni ? Siapa awak ? dan apa ke jadahnya awak berada disini ? Itu kereta baru , mahal dan susah nak baiki ? Awak tau tak ? Kenapa awak buat ini semua ? jerit Executive tersebut.

Anak kecil itu tunduk sedih , sayu dan memohon maaf ; ” Saya meminta maaf Pakcik, Saya tak tahu apa patut saya buat , ia merayu . Saya melontar batu kerana tak ada orang yang berhenti disini apabila saya panggil”.

Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut yang tidak jauh dari situ. “Itu abang saya , ia jatuh dari kerusi roda dari tebing disebelah dan tak ada orang yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak Pakcik menolong saya , ia cedera dan ia terlalu berat untuk saya.

Dengan rasa terharu, Executive muda tersebut melepaskan anak kecil tersebut dan terus mengangkat abangnya dan meletakkannya kembali ke kerusi roda.

Terima kasih , pakcik, Saya doakan pakcik selamat dunia dan akhirat.

Tak dapat digambarkan dengan perkataan , Executive muda hanya melihat dengan sayu, Anak kecil tersebut menyorong abangnya yang cacat dan cedera pulang menuju ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh mendoakannya akan kesejahteraan hidupnya.

Executive muda tersebut berjalan perlahan ke arah kereta , WAJA kemek teruk tetapi ia membiarkan saja tanpa dibaiki. Ia mengingatkannya bahawa kita tidak perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan seseorang melontar batu hanya kerana hendakkan perhatian .

Pengajaran :
Tuhan tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah, bersuka-ria tanpa kesedihan, panas tanpa hujan tetapi ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya. Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara.

=========

Semoga menjadi iktibar dan renungan kita bersama…

About these ads

The URI to TrackBack this entry is: http://permatakata.wordpress.com/2008/07/02/jangan-sombong-dengan-kelebihan-sementara/trackback/

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini.

3 KomenTinggalkan komen

  1. Kesombongan dan kecongkakan adalah pakaian Sang Khaliq, dan bukan pakaian makhluk.

    Semoga Allah senantiasa melindungi hati kita dr bengkoknya niat dalam perbuatan…Allahumma amiin.

    Salam ziarah saudaraku Exzede, Muga sihat sentiasa :)

    Wassalam,
    Rozy

    salaam Mas Rozy dan terima kasih karena sudah mampir. Bagaimana caranya menawan nafsu yang ego ini?

  2. assalamualaikum,

    pertma nya, salam ziarah…

    trima kasih atas artikel yang baik ini…

    tertarik dengan quote last skali, benarlah, TUHAN itu Maha Adil, DIA minta kita lalui dugaan2 terlebih dahulu, sebelum kita jmpa kesenangan.

    Barulah kita boleh hargai nilai sebuah kejayaan, dan dapat buang sikap sombong kerana kejayaan hadir atas kurniaNYA~

    • wa’alaikum salam wbt. dan terima kasih juga di atas kedatangan anda.

      semoga anda sukses dalam pelajaran dan menjadi insan yang berbakti. sentiasalah beringat bahawa semua yang baik adalah anugerah dari Allah.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 251 other followers

%d bloggers like this: