3 perkara untuk mendapat 3 perkara

Barangsiapa yang diilhamkan tiga perkara, maka dia akan mendapat tiga perkara:

  1. orang yang diilhamkan untuk berdoa, ianya akan dikabulkan
  2. orang yang ditunjukkan untuk istighfar, dia akan diampunkan
  3. orang yang dianugerahi petunjuk untuk bersyukur, dia akan memperolehi tambahan rezeki.

Mengalami musibah

Jika seseorang mengalami sebarang musibah, akibat dari amalannya yang buruk, kemudian dengan sedikit sahaja tumpuan kepada Allah, dan pengakuan ke atas kelemahannya, maka kemurahan Allah akan bersamanya dan musibah tersebut dijadikan asbab kebaikan yang besar bagi dirinya.

======

Nabi s.a.w yang mulia juga sering mengakui kelemahan sendiri apabila bermunajat kepada Allah, apalagi kita yang dhaif ini?

Doa dari Al-Quran #18

Wahai Tuhan kami! Kepada Engkaulah sahaja kami berserah diri dan kepada Engkaulah kami rujuk bertaubat, serta kepada Engkaulah jua tempat kembali!

Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan pendirian dan keyakinan kami terpesong kerana penindasan orang-orang kafir dan ampunkanlah dosa kami wahai Tuhan kami; sesungguhnya Engkaulah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

(Al -Mumtahanah [60] : 4-5)

Kata Mutiara hubungan kekeluargaan

Rasulullah (saw) bersabda : Kebaikan yang paling cepat memperoleh ganjaran pahala ialah kebajikan dan silaturahim. Dan kejahatan yang paling cepat mendapat hukuman ialah kezaliman dan memutuskan hubungan kekeluargaan.

(Hadith Riyawat Ibnu Majah)

Doa dari Al-Quran #13

Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang. (Al- Hasyr [59] : 10 )

Berbohong

Apabila kita berbohong, kita terpaksa mereka “fakta”. Apabila “fakta” tersebut diselidiki dan dipersoalkan, maka kita terpaksa mereka helah demi helah, tipu demi tipu untuk menutupi pemalsuan fakta yang telah dibohongi sebelum ini.

Fitnah

Orang yang sungguh bahagia ialah mereka yang dijauhkan dari fitnah dan juga orang yang bila terkena ujian dan dugaan, dia bersabar.

Siapa yang tidak berusaha melepas diri dari cinta kepada dunia, maka akan sengsaralah hidupnya, kerana sumber fitnah dan kesalahan adalah ketika seseorang itu begitu cinta kepada dunia.

Orang yang paling jahat daripada penyebar fitnah adalah orang yang suka mendengarkan mereka. Justeru, tidak akan ada penyebar fitnah apabila tidak ada yang mendengarnya.

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 249 other followers