Kata Imam Ghazali rah.a…

Dalam Al-Ihya menulis: Dalam diri manusia terdapat 4 sifat:

  1. sabiyah (kebuasan)
  2. bahimiyah (kebinatangan)
  3. Syaithaniyah (kesyaitanan)
  4. Rabbaniyah (ketuhanan)

Jika sifat rabbaniyahnya berhasil mengalahkan dan  mengendalikan ketiga sifat yang lain, maka akan timbul sifat-sifat yang baik seperti:

  • menjaga kehormatan diri (iffah)
  • cukup dengan apa yang ada (qanaah)
  • tenang
  • zuhud
  • wara’
  • takwa
  • malu
  • jujur
  • berani
  • dermawan
  • sabar
  • suka menolong
  • tahan menderita
  • suka memaafkan
  • teguh pendirian
  • mulia
  • pandai
  • selalu ceria (senyum)

dan sebagainya.

Doa dari Al-Quran #18

Wahai Tuhan kami! Kepada Engkaulah sahaja kami berserah diri dan kepada Engkaulah kami rujuk bertaubat, serta kepada Engkaulah jua tempat kembali!

Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan pendirian dan keyakinan kami terpesong kerana penindasan orang-orang kafir dan ampunkanlah dosa kami wahai Tuhan kami; sesungguhnya Engkaulah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

(Al -Mumtahanah [60] : 4-5)

Doa dari Al-Quran #6

Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka.  (Al-Baqarah : 201)

.

Terjemahan doa dalam bahasa Inggeris di sini

Doa dari Al-Quran #5

“Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku untuk tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku.  Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu, dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri kepadaMu.

Terjemahan doa dalam bahasa Inggeris di sini

Doa Rasulullah (saw) di Pagi Hari

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu kebaikan hari ini, kemenangannya, pertolongannya, cahayanya, keberkatannya, dan petunjuknya. Dan aku memohon perlindunganMu dari kejahatan yang ada didalamnya dan kejahatan yang ada sesudahnya.

====

Terjemahan doa di atas dalam bahasa Inggeris di sini

Kaedah ketika seseorang sedang nazak

Inilah kaedah-kaedah yang harus dilaksanakan ketika seseorang itu sedang nazak.

  1. Lantik seorang yang bacaan Alquran nya baik (dari segi tajwid) untuk membaca surah Yaasin – yang lain-lain boleh bersama-sama semak.
  2. Sebaik-baiknya orang yang dilantik itu adalah anak ataupun saudara terrdekat yang mempunyai perasaan kasih kepada orang yang sedang nazak.
  3. Merenung wajah orang yang sedang nazak sebelum surah Yaasin dibacakan untuk menimbulkan rasa belas kasihan dan mudah-mudahan surah yang dibaca boleh membantu pencabutan nyawa beliau.
  4. Membaca 3 hingga 4 kalimah Surah Yaasin, berhenti, dan menolong (menuntun) beliau untuk melafaz kalimah “Laa ila ha illallah”.
  5. Kemudian menyambung semula bacaan, baca 3 hingga 4 kalimah, berhenti lagi, dan menolong beliau mengucap kalimah “Laa ila ha illallah” lagi.
  6. Diteruskan sehinggalah beliau menghembuskan nafas yang terakhir.

Indahnya alam semesta

Ketika hati telah diberi anugerah cahaya Allah, dan dalam keadaan demikian kita melihat keindahan alam semesta , hati akan ikut merasakan keagungan Allah Pencipta alam.