Nasihat sepanjang zaman

Barangsiapa merasa cukup dengan apa yang telah diberikan Allah, maka dia kaya.

Barangsiapa suka memandang harta orang lain, dia akan mati miskin.

Barangsiapa tidak redha (tidak rela) dengan apa yang telah diberikan Allah kepadanya, maka dia telah menentang keputusanNya (qadha’Nya)

Barangsiapa memandang remeh kesalahannya, maka dia akan memandang besar kesalahan orang lain.

Barangsiapa memandang besar kesalahannya, maka dia akan memandang remeh kesalahan orang lain.

Barangsiapa membuka aib orang lain, maka aib keturunannya akan tersingkap.

Barangsiapa menggali lubang untuk mencelakakan saudaranya, maka dia sendiri akan terjerumus ke dalamnya.

Barangsiapa bergaul dengan ulama, maka dia akan dimuliakan.

Barangsiapa memasuki tempat-tempat biasa dikunjungi orang-orang bodoh, maka dia akan direndahkan.

Dan barangsiapa memasuki tempat-tempat kemaksiatan, maka dia akan dituduh berbuat maksiat.

Kesabaran

Salah satu ciri orang-orang beriman ialah orang-orang yang saling menasihati dalam kebenaran dan kesabaran.

Kesabaran itu adalah bekalan orang yang terpaksa, dan kerelaan itu adalah darjat ketinggian para arif.

Syukur dan sabar merupakan sarana meningkatkan kualiti diri agar lebih berharga dalam pandangan Allah.

Setiap hari kita selalu dituntun oleh keinginan. Kalau tidak sabar, keinginan inilah yang akan menjerumuskan kita.  Luruskan niat ketika datangnya keinginan.

Kita dikurniakan oleh Allah keinginan. Keinginan itulah yang menuntun sikap. Kalau tidak sabar, kita kehilangan niat. Padahal niat adalah kunci agar amal diterima.

Berhati-hatilah, nafsu akan membutakan kita dari kebenaran. Kita harus sabar untuk bertanya, benarkah niat saya ini?  Betulkah tujuan saya? Mintalah petunjuk kepada Allah.

Kegagalan itu adalah ketika kita tidak sabar menghadapi sesuatu hal yang tidak sesuai dengan keinginan kita.

Kata Imam Ghazali rah.a…

Dalam Al-Ihya menulis: Dalam diri manusia terdapat 4 sifat:

  1. sabiyah (kebuasan)
  2. bahimiyah (kebinatangan)
  3. Syaithaniyah (kesyaitanan)
  4. Rabbaniyah (ketuhanan)

Jika sifat rabbaniyahnya berhasil mengalahkan dan  mengendalikan ketiga sifat yang lain, maka akan timbul sifat-sifat yang baik seperti:

  • menjaga kehormatan diri (iffah)
  • cukup dengan apa yang ada (qanaah)
  • tenang
  • zuhud
  • wara’
  • takwa
  • malu
  • jujur
  • berani
  • dermawan
  • sabar
  • suka menolong
  • tahan menderita
  • suka memaafkan
  • teguh pendirian
  • mulia
  • pandai
  • selalu ceria (senyum)

dan sebagainya.

Kata Mutiara Pengorbanan

Seseorang itu dimuliakan bukanlah disebabkan oleh apa yang dimilikinya, tetapi kerana pengorbanannya untuk memberikan manfaat untuk orang lain.

Sesungguhnya pengorbanan itu bermaksud, usaha seorang hamba untuk mendekatkan diri kepada penciptanya melalui amal perbuatannya yang ikhlas.

Jujur adalah sebuah pengorbanan yang tidak hanya membuat diri kita terhormat di mata orang lain tetapi lebih utama lagi, terhormat di sisi Allah.

Pejuang sejati boleh dilihat dari seberapa banyak pengorbanan yang diberikan.

Orang yang tidak mahu berkorban adalah orang yang menunjukkan kehinaan dirinya.

Ciri orang yang beriman adalah senantiasa rela berkorban untuk kepentingan umat.

Kesungguhan, kegigihan, keikhlasan dan pengorbanan adalah pilar-pilar cinta sejati.

Tunjukkan rasa cinta kita dengan berkorban kerana tidak ada cinta tanpa pengorbanan.

Allah membenci orang yang bersifat kikir kerana kekikiran itu akan menimbulkan kezaliman dan kedengkian.

Semakin orang itu mencintai apa yang dimilikinya semakin sulitlah dia berkorban untuk orang lain.

Jadilah manusia yang senantiasa mahu berkorban untuk sesama kerana itu menunjukkan kemuliaan akhlak.

Allah sangat mencintai orang-orang yang selalu ingin membahagiakan orang lain dengan apa yang dimilikinya.

Semakin seseorang itu banyak berkorban untuk orang lain, semakin mulialah dia di sisi Allah dan manusia.

Allah mencintai orang yang berkorban dengan harta dan jiwa untuk menegakkan kebenaran.

Allah sangat mencintai orang-orang yang berkorban untuk mendapatkan keredhaanNya, kerana itu menunjukan cinta sejati pada Allah.

Doa dari Al-Quran #6

Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka.  (Al-Baqarah : 201)

.

Terjemahan doa dalam bahasa Inggeris di sini

Petua Imam Syafie – 4 perkara untuk sihat

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

Ciri-ciri orang yang berjaya

Orang yang berjaya bukanlah orang yang tidak pernah gagal, tetapi mereka adalah orang yang mampu bangkit kembali dari kegagalannya hingga mampu mencapai keberhasilan.

Orang yang berjaya dalam hidupnya bukan orang tanpa kekurangan tapi dia gigih memperbaiki diri.

Orang yang berjaya tidak akan menganggap remeh sesuatu termasuk dosa sekecil apapun.

Orang yang berjaya adalah mereka yang berhasil mendapatkan petolongan Allah dari setiap urusannya.

Kejayaan hanya dapat dicapai apabila ada rintangan, kegagalan hanya dapat terjadi jika kita berhenti berusaha dan berputus asa. Tidak ada putus asa dalam Islam.

Kejayaan yang hakiki hanya dimiliki oleh orang-orang yang kembali kepada Allah dengan husnul khatimah.

====

Semoga Allah menjadikan kita orang-orang yang berjaya dalam ertikata sebenarnya. Amiin.