Jangan menakut-nakutkan sesama kita

Dari Abdul Rahman bin Abi Laila rah.a berkata, kami telah diceritakan oleh sahabat Nabi s.a.w : Satu ketika beliau bersama Nabi s.a.w di mana seorang sahabat telah tertidur.  Ketika dia nyenyak tidur, seorang sahabat telah mengambil tali kepunyaannya (semata-mata untuk bergurau sahaja).  Apabila sahabat tadi membuka matanya dan didapatinya talinya telah hilang disisinya, dia begitu susah hati.  Kerana itu Nabi s.a.w bersabda: Tidak halal bagi seorang Islam menakut-nakutkan seorang Islam yang lain.

(Hadith riwayat Abu Daud)

=========

Bergurau juga ada batasannya, jangan sampai teman-teman kita jadi trauma.

Jangan mencaci sesama kita

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa satu ketika seorang lelaki sedang mencaci Abu Bakar r.a sedangkan Nabi s.a.w  sedang duduk di hadapannya. Orang itu terus mencacinya sedangkan Abu Bakar r.a dan Nabi s.a.w terus bersabar mendengarnya. Lantas Nabi s.a.w tersenyum. Apabila orang itu mencacinya dengan keterlaluan, lantas Abu Bakar r.a menjawab akan caciannya. Mendengarkan akan jawaban itu, Nabi s.a.w begitu marah, bangun, lalu meninggalkannya.

Abu Bakar r.a menyusul Nabi s.a.w dibelakangnya dan berkata: Ya Rasulullah s.a.w,  apabila orang itu terus mencaciku engkau masih tetap duduk dan apabila aku menjawabnya, tuan nampaknya marah dan bangun?

Nabi s.a.w menjawab: Semasa kamu diam dan bersabar mendengarnya, seorang malaikat bersama denganmu yang mana sedang menjawab caci maki orang itu bagi pihakmu, tetapi apabila kamu menjawabnya semula, malaikat itu meninggalkanmu, dan syaitan telah datang di antara kamu, dan aku tidak mahu duduk bersama dengan syaitan; oleh kerana itu aku meninggalkan kamu.

(Hadith Riwayat Ahmad)

===========

Siapa lah kita yang mahu mencaci ciptaan Allah?  Sebanyak mana keburukan dan kesalahan mereka yang kita ketahui, Allah lebih mengetahui. Walaupun sebanyak buih di laut, keampunan dan kasih sayang Allah jauh lebih luas daripada itu.

Semoga Allah mengampuni segala dosa-dosa kita yang telah lalu dan marilah kita bertaubat dan bertekad tidak akan mencaci sesama kita lagi.

Anugerah Akal

Suatu kisah di mana Jibril a.s telah datang kepada Nabi Adam a.s lalu berkata: Kedatanganku kali ini membawa tiga perkara, maka pilihlah satu diantara ketiga-tiganya.

Nabi Adam a.s menjawab: apakah tiga perkara itu wahai Jibril?

Jibril a.s menjawab: pertama akal, kedua agama dan ketiga malu.

Nabi Adam a.s menjawab: pilihanku ialah akal.

Maka Jibril a.s pun berkata kepada “agama” dan “malu”:  pergilah kamu berdua kerana Adam telah memilih akal.

Kedua-duanya kemudian menjawab: kami berdua mendapat perintah untuk mendampingi akal di mana sahaja ia berada.

Diterbitkan dalam:  on Ogos 11, 2008 at 11:34 pm Tinggalkan Komen
Tags: , , , , , , , , , ,

Jangan sombong dengan kelebihan sementara

Seorang Executive muda yang berjaya sedang memandu disebuah perkampungan di pinggir Bandar. Ia memandu agak laju dengan sebuah kereta WAJA yang berprestasi tinggi yang baru sahaja dibelinya. Sambil ia memandu perlahan-lahan ia sedang memerhatikan seorang anak kecil dicelah-celah kereta yang diletakkan ditepi jalan , ia memperlahankan keretanya untuk melihat sesuatu yang difikirkannya.

Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut melintasi kawasan tersebut ; anak kecil tidak kelihatan tetapi seketul batu dilontarkan tepat mengena pintu disebelah kanan kereta Waja tersebut.

Apalagi Executive muda tersebut menekan brek sekuat hatinya dan berundur ke tempat dimana Anak kecil tadi berdiri. Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus meluru ke arah Anak kecil , menarik tangan anak kecil dan menghempasnya ke kereta yang terletak ditepi jalan dan terus memarahi Anak kecil tadi :

” Apa ni ? Siapa awak ? dan apa ke jadahnya awak berada disini ? Itu kereta baru , mahal dan susah nak baiki ? Awak tau tak ? Kenapa awak buat ini semua ? jerit Executive tersebut.

Anak kecil itu tunduk sedih , sayu dan memohon maaf ; ” Saya meminta maaf Pakcik, Saya tak tahu apa patut saya buat , ia merayu . Saya melontar batu kerana tak ada orang yang berhenti disini apabila saya panggil”.

Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut yang tidak jauh dari situ. “Itu abang saya , ia jatuh dari kerusi roda dari tebing disebelah dan tak ada orang yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak Pakcik menolong saya , ia cedera dan ia terlalu berat untuk saya.

Dengan rasa terharu, Executive muda tersebut melepaskan anak kecil tersebut dan terus mengangkat abangnya dan meletakkannya kembali ke kerusi roda.

Terima kasih , pakcik, Saya doakan pakcik selamat dunia dan akhirat.

Tak dapat digambarkan dengan perkataan , Executive muda hanya melihat dengan sayu, Anak kecil tersebut menyorong abangnya yang cacat dan cedera pulang menuju ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh mendoakannya akan kesejahteraan hidupnya.

Executive muda tersebut berjalan perlahan ke arah kereta , WAJA kemek teruk tetapi ia membiarkan saja tanpa dibaiki. Ia mengingatkannya bahawa kita tidak perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan seseorang melontar batu hanya kerana hendakkan perhatian .

Pengajaran :
Tuhan tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah, bersuka-ria tanpa kesedihan, panas tanpa hujan tetapi ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya. Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara.

=========

Semoga menjadi iktibar dan renungan kita bersama…

Falsafah tunggang terbalik

Masa masih muda, korbankan kesihatan cari harta.
Bila sudah tua, korbankan harta cari kesihatan

Kerana harta, orang asing menjadi seperti saudara
Kerana harta, saudara menjadi seperti orang asing

Orang kaya mampu beli katil yang bagus,
tetapi tak boleh tidur lena (stress punya pasal)

Orang miskin tak mampu beli katil yang bagus,
tapi boleh tidur lena (letih, kerja kuli laa katakan)

Orang kaya ada duit untuk berpoya-poya,
tapi tak ada masa

Orang miskin ada masa untuk berpoya-poya,
tapi tak ada duit

Masa muda ingin jadi kaya dapat menikmati kekayaan
Bila sudah kaya tak ada masa untuk menikmati kekayaan

Walaupun ada masa untuk menikmati kekayaan
Sudah tua jadi tak ada tenaga.

Datanglah kepada Ilmu

Pada suatu ketika, Imam Malik rah.a telah diminta oleh Khalifah Harun Ar-Rasyid untuk datang ke istana mengajarkannya kitab Al-Muwaththa’ yang dikarang oleh Imam Malik rah.a.  Maka jawab Imam Malik rah.a : kita harus datang kepada ilmu dan bukan ilmu itu datang kepada kita.  Demikian, sehingga Khalifah Harun Ar-Rasyid telah datang sendiri ke rumah Imam Malik rah.a untuk  belajar ilmu.

Subhanallah.

Gurindam nasihat

Marilah bersama kita renungkan kata-kata ini.
Semoga segala perlakuan kita semua akan sentiasa diberkati dan dirahmati oleh
Allah SWT pada setiap masa dan ketika.

* Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.

* Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.

* Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.

* Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat.

* Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat.

* Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat.

* Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat.

* Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat.

* Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi pesat.

…….

TETAPI AWAS, apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat,

kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.

* Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat.

* Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat,

* KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat.

* Apabila manusia telah mengubah tabiat,

* ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.

* Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat.

* Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat.

* Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.

* Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat.

* Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jer la

* minyak gamat.

* Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.

* Semua nak tunjuk kuat.

* Bila berjudi, percaya unsur kurafat.

* Tapi hidup pula yang melarat.

* Tali kasut dah tak berikat.

* Rambut pun jarang sikat.

* Yang perempuan, pakai mini sekerat.

* Suka pakai baju ketat.

* Suka sangat menunjukkan pusat.

* Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.

* Pakai pulak yang singkat-singkat.

* Kadang-kadang ternampak benda ‘bulat’.

* Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.

* Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.

* Duduk jauh berkirim surat.

* Bila berjumpa, tangan berjabat.

* Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.

* Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.

* Usah peduli agama dan adat.

* Usah takut Allah dan malaikat.

* Yang penting apa kita nak buat?

* Kita ‘bukti’ lah kita buat.

* Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.

* Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah pula anak-anak yang tak cukup sifat.

* Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di merata tempat.

* MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.

* Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.

* Habis manusia telah tersesat.

* Inilah dia fenomena masyarakat.

* Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,

* Marilah kita pakat mengingat,

* Bahawa dunia hari ini makin singkat,

* Esok atau lusa mungkin kiamat,

* Sampai masa kita semua akan berangkat! .

* Berangkat menuju ke negeri akhirat.

* Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.

* Masa tu, sindri mau ingat.

* Umur mu banyak mana mu buat ibadat…?

* Zaman muda mu, apa yang telah mu buat…?

* Harta benda anta, dari mana anta dapat…?

* Ilmu anta, adakah anta manafaat…?

Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera meninggalkan maksiat

dan memperbanyakkan ibadat.

Diterbitkan dalam:  on Januari 13, 2008 at 4:33 pm Komentar (5)
Tags: , , , , , , ,