Penyakit umat

Rasulullah s.a.w bersabda: Kelak akan menimpa umatku penyakit umat-umatku terdahulu, iaitu penyakit sombong, kufur nikmat, dan lupa diri dalam memperoleh harta dan bermegah-megah dengan harta. Mereka terjurumus dalam jurang kemenangan dunia, saling bermusuhan, saling iri dengki dan dendam sehingga melakukan kezaliman.

(Hadith Riwayat Al-Haakim)

Semoga Allah melindungi kita dari musibah ini… aamiin

Wahai orang tua ku

Apabila ibubapa hanya punya sedikit waktu bagi kepentingan anak-anak mereka, maka kekosongan besar akan berkembang dan ideologi serta pemikiran-pemikiran yang menyimpang akan segera bergerak masuk.

Kenapa terikut-ikut bangsa Barat (yang negatif)?

Kata Raja Arab Saudi Abdul Aziz bin Saud : suatu hal yang kita sesalkan bahawa sebahagian umat Islam menganggap bahawa jalan satu-satunya untuk maju adalah dengan mengikuti bangsa-bangsa Barat.  Tetapi ternyata yang diikuti bukan cara-cara dan langkah-langkah yang membuat mereka maju (positif), melainkan hal-hal yang negatif yang bertentangan dengan ajaran agama mereka.

====

sesuatu untuk direnungkan dengan serius. lihat yang terdekat. diri kita, keluarga kita….. ada unsur negatif dari Barat? atau dari mana-mana lah, for that matter.

Lagi mengenai kesedihan

Suatu hari Rasulullah (saw) masuk ke dalam masjid, terdapat seorang lelaki Ansar yang dipanggil Abu Umamah r.a duduk di dalam masjid, Nabi (saw) bertanya kepadanya: Wahai Abu Umamah saya tidak pernah melihat engkau duduk di dalam masjid bukan waktu solat?

Jawab Abu Umamah r.a:  Keluh-kesah dan hutang menimpaku wahai Rasulullah (saw).

Jawab Nabi (saw) : Mahukah kamu aku ajarkan beberapa kalimat, apabila engkau membacanya, Allah akan menghilangkan keluh-kesah dan melangsaikan hutangmu.?

Beliau menjawab: sudah tentu wahai Rasulullah (saw).

Jawab Baginda (saw) :  pada waktu pagi dan petang bacalah:  Ya Allah, aku memohon perlindungan denganMu daripada keluh kesah dan kesedihan, rasa lemah dan kemalasan, Aku memohon perlindungan denganMu daripada sifat penakut dan kebakhilan, dan aku mohon perlindungan denganMu dari bebanan hutang dan dikuasai seseorang. (Hadith riwayat Abu Daud)

Baca seterusnya di Koleksi Soal Jawab Agama

Fitnah

Orang yang sungguh bahagia ialah mereka yang dijauhkan dari fitnah dan juga orang yang bila terkena ujian dan dugaan, dia bersabar.

Siapa yang tidak berusaha melepas diri dari cinta kepada dunia, maka akan sengsaralah hidupnya, kerana sumber fitnah dan kesalahan adalah ketika seseorang itu begitu cinta kepada dunia.

Orang yang paling jahat daripada penyebar fitnah adalah orang yang suka mendengarkan mereka. Justeru, tidak akan ada penyebar fitnah apabila tidak ada yang mendengarnya.

Mengenali Diri

Jika seseorang itu tidak mengenali dirinya dengan tepat, maka dia hanya akan menimbulkan masalah ketika berinteraksi dengan sesiapapun.

Diterbitkan dalam: on Disember 25, 2007 at 3:41 pm Tinggalkan Komen
Tags: , , ,

Kemarahan

Kemarahan yang tidak kena pada tempatnya dan tidak dengan cara yang betul, lebih banyak menimbulkan masalah baru daripada menyelesaikan masalah yang ada.

Diterbitkan dalam: on Disember 18, 2007 at 4:45 am Tinggalkan Komen
Tags: , , ,