Tiga Jenis Kawan

Kawan itu ada tiga jenis:

  1. yang seperti makanan, setiap masa diperlukan dan selamanya  bermanfaat serta menguntungkan
  2. yang bagaikan ubat, ada masa-masa sahaja kita perlukan
  3. yang sama dengan penyakit, semoga Allah menghindari kita darinya.

Jangan menakut-nakutkan sesama kita

Dari Abdul Rahman bin Abi Laila rah.a berkata, kami telah diceritakan oleh sahabat Nabi s.a.w : Satu ketika beliau bersama Nabi s.a.w di mana seorang sahabat telah tertidur.  Ketika dia nyenyak tidur, seorang sahabat telah mengambil tali kepunyaannya (semata-mata untuk bergurau sahaja).  Apabila sahabat tadi membuka matanya dan didapatinya talinya telah hilang disisinya, dia begitu susah hati.  Kerana itu Nabi s.a.w bersabda: Tidak halal bagi seorang Islam menakut-nakutkan seorang Islam yang lain.

(Hadith riwayat Abu Daud)

=========

Bergurau juga ada batasannya, jangan sampai teman-teman kita jadi trauma.

Berbagi dan Sinergi Dalam Kehidupan

Jangan meremehkan sedikitpun tentang makruf, meskipun hanya menjumpai saudaramu dengan berwajah ceria. (Sabdaan Nabi s.a.w).

Baca seterusnya di blog sahabatku zidaburika.wordpress.com

Tersusun rapi penulisanmu Mas Rozy.

Diterbitkan dalam: on November 18, 2008 at 3:18 pm  Komentar (2)  
Tags: , , , , , , , , ,

Sahabat

Sahabat yang baik adalah sahabat yang berani membetulkan kita ketika kita berbuat kesalahan sehingga kita tidak hanyut di dalam kesalahan dan dosa.

Sahabat sejati akan meluruskan jalan ketika kita kehilangan arah dan tidak akan meninggalkan kita dalam suka, apalagi dalam duka.

Bersahabat dengan seorang yang jujur akan membuat seseorang itu senantiasa terpelihara kejujurannya.

======

Terima kasih buat sahabat-sahabatku yang berakhlak mulia dan telah menepati kata-kata itu.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 249 other followers