Usia panjang dan tambah rezeki

Anas bin Malik r.a  berkata Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesiapa yang ingin bahawa usianya panjang dan rezekinya ditambah, hendaklah dia berlaku baik terhadap kedua-dua ibu bapanya dan menghubungkan silaturrahim dengan saudara maranya.”

(Musnad Ahmad)

Jangan menyinggung perasaan suami

Salman Al Farisi r.a telah meriwayatkan pada suatu hari Fatimah r.ha dalam keadaan tergesa-gesa telah datang bertemu ayahndanya. Baginda s.a.w melihat kedua mata Fatimah r.ha berlinangan airmata dan raut wajahnya sedih. Lalu baginda bertanya: Mengapa wahai anakku?

Fatimah r.ha menjawab: Ya Rasulullah, semalam aku bergurau dengan Ali, tanpa aku sengaja terkeluarlah perkataan yang menyinggung perasaannya. Setelah itu, aku dapati mukanya kemerahan kerana menahan marah. Aku sungguh menyesal atas keterlanjuran kataku itu lalu segera memohon maaf kepadanya: ‘Hai kekasihku, kesayanganku, relakanlah akan kesalahanku’, seraya aku mengelilinginya dan merayunya sebanyak 72 kali sehingga dia redha dan tertawa padaku. Walaupun suamiku telah redha tetapi aku masih tetap merasa takut kepada Allah s.w.t.

Rasulullah s.a.w bersabda kepada Fatimah r.a: Wahai anakku, demi Zat yang telah mengutusku sebagai Nabi dgn agama yang haq, sesungguhnya sekiranya engkau mati sebelum Ali meredhaimu, aku tidak akan solat jenazahmu.

Oleh: Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani, Masjid Al-Munawwarah, Shah Alam

Riba

Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang suatu masa di mana tiada seorang pun yang tidak memakan wang riba. Kalau tidak terkena apinya, ia akan terkena asapnya (debunya).

Hadith Riwayat Abu Dawud

=================

Mari kita beristighfar kepada Allah sebanyak yang mungkin.

Diterbitkan dalam: on Januari 2, 2013 at 2:53 am  Komentar (3)  
Tags: , , , , , , , , ,

Ketika menghadapi kesempitan rezeki

Dari Abdullah bin Mas’ud r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w bersabda: Barangsiapa menghadapi kesempitan dalam rezekinya kemudian dia mula meminta-minta kepada orang lain, maka kesempitan itu tidak akan hilang. Dan barangsiapa menghadapi kesempitan dalam rezeki kemudian dia meminta kepada Allah, maka Allah akan menyediakan kepadanya rezeki dengan segera, sama ada cepat atau dilambatkan sedikit.

(Hadith riwayat Tirmizi)

Doa Rasulullah untuk bakal-bakal Haji

Jika saudara-mara dan rakan-rakan anda akan berangkat menunaikan haji, mintalah agar dia mendoakan anda, dan ucapkanlah doa untuknya sesuai doa Rasulullah s.a.w:  “Semoga Allah menerima hajimu, mengampuni dosamu, dan mengganti biaya-biaya hajimu”.

Nilai dunia

Dari Sahal bin Sa’ad r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: Seandainya nilai dunia itu setara dengan sebelah sayap nyamuk, niscaya Allah tidak akan memberi minum orang kafir walaupun seteguk air (karena nilai dunia di sisi Allah tidak berharga sama sekali, sehingga orang-orang kafir pun diberi keduniawian)

(Tirmidzi)

Bab doa #1

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.aw bersabda: Barangsiapa mahu supaya doanya dikabulkan ketika dalam keadaan kesempitan atau kesusahan, hendaklah dia banyak berdoa ketika dalam kesenangan.

Semoga diberi taufiq agar dapat mengamalkan, amiin.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 249 other followers