Jangan mencaci sesama kita

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa satu ketika seorang lelaki sedang mencaci Abu Bakar r.a sedangkan Nabi s.a.w  sedang duduk di hadapannya. Orang itu terus mencacinya sedangkan Abu Bakar r.a dan Nabi s.a.w terus bersabar mendengarnya. Lantas Nabi s.a.w tersenyum. Apabila orang itu mencacinya dengan keterlaluan, lantas Abu Bakar r.a menjawab akan caciannya. Mendengarkan akan jawaban itu, Nabi s.a.w begitu marah, bangun, lalu meninggalkannya.

Abu Bakar r.a menyusul Nabi s.a.w dibelakangnya dan berkata: Ya Rasulullah s.a.w,  apabila orang itu terus mencaciku engkau masih tetap duduk dan apabila aku menjawabnya, tuan nampaknya marah dan bangun?

Nabi s.a.w menjawab: Semasa kamu diam dan bersabar mendengarnya, seorang malaikat bersama denganmu yang mana sedang menjawab caci maki orang itu bagi pihakmu, tetapi apabila kamu menjawabnya semula, malaikat itu meninggalkanmu, dan syaitan telah datang di antara kamu, dan aku tidak mahu duduk bersama dengan syaitan; oleh kerana itu aku meninggalkan kamu.

(Hadith Riwayat Ahmad)

===========

Siapa lah kita yang mahu mencaci ciptaan Allah?  Sebanyak mana keburukan dan kesalahan mereka yang kita ketahui, Allah lebih mengetahui. Walaupun sebanyak buih di laut, keampunan dan kasih sayang Allah jauh lebih luas daripada itu.

Semoga Allah mengampuni segala dosa-dosa kita yang telah lalu dan marilah kita bertaubat dan bertekad tidak akan mencaci sesama kita lagi.

The URI to TrackBack this entry is: https://permatakata.wordpress.com/2009/04/22/jangan-mencaci-sesama-kita/trackback/

RSS feed for comments on this post.

12 KomenTinggalkan komen

  1. satu peringatan buat saya..
    terima kasih..
    salam ziarah..

    • salaam dan terima kasih juga kerana sudah datang mengunjung.

  2. Juga peringatan buat saya..
    _____________________

    Jemput datang ke blog saya – http://sempurnahealth.wordpress.com
    Your source of beauty|healthy|wealthy blog’s

  3. wahai temanku blh aku ambil sebagai catatan! dan juga sebagai pedoman dlm hidup ini, semoga apa yang saudara lakukan ini bernilai ibadah di sisi Allah SWT, trm ksh sebelumnya

    dari saudaramu

    • salaam dan amiin atas doanya. saudaraku ridwan, ambil lah semuanya dari sini dan dari mana saja asalkan ianya yang baik-baik dan memang sudah menjadi tanggungjawab kita untuk menyebarkan kebaikan. juga jika terdengar bisikan dari syaitan, bisikkan kembali: tapi aku buat ini semata-mata untuk dapat redha Mu ya Allah.

      salaam

  4. kata-kata ini membuatkan aku insaf…

    • aku juga.

      terima kasih saudaraku, karena mengingatkan ku untuk membaca kembali kisah orang yang dikasihi Allah.

  5. […] Source: Permata Kata […]

  6. […] Source: Permata Kata […]

  7. Saya copy bahan ini daripada blog Tuan. Terima kasih.

  8. mohon ijin utk saya copy & sharing.
    isi daripada blog ini sangat menyentuh hati & bermanfaat sekali bagi kehidupan, terima kasih …

  9. minta izin untuk copy ya. t.kasih


Tinggalkan Jawapan kepada exzede Batal balasan