Ramadhan datang lagi

Masjid Depok, Jakarta

Published in: on Ogos 16, 2009 at 4:01 pm  Comments (7)  
Tags: , , ,

The URI to TrackBack this entry is: https://permatakata.wordpress.com/2009/08/16/ramadhan-datang-lagi/trackback/

RSS feed for comments on this post.

7 KomenTinggalkan komen

  1. Asalamualaikum

    Alhamdulullah le yeop, bila bulan Ramadhan mike teringat dan mengingatkan Masjid. Tapi yang banyak teman dengar bila dastang bulan Ramadhan, tajuk utamanya bukan cerita lapar, tapi cerita makan, cerita bazar ramadhah, persedian barang makan yang mengcukupi,kerana selalu tak cukup bila setiap kali menyambut ramadan.
    Kata dema yeop diantara pengajaran berpuasa adalah untok menghayati kelaparan yang dialami fakir miskin.
    tapi lain pulak jadinya, tanpa kita sedari kita menyusahkan lagi fakir miskin untok memperolehi keperluan bahan makanan kerana kenaikan harga. Macsamana tu yeop, cuba terangkan sikit supaya kita boleh memahami, mak kali ni lagi teruk yeop, laman blog mike lansung tak ada tulisa cuma tajuk gambar aje, jangan le marah teman negor yeop.

    terima kaseh salam hormat

    • Wa’alaikumussalam wbt Pakcik.

      tempat saya ni macam sambal belacan laa pakcik. kalau makan, pedas melahap sampai keluar airmata, tapi tetap makan lagi, tambah lagi, tambah lagi….

      gitulah agaknya pasai pakcik datang lagi dan lagi dan saya banyak terima kasih atas teguran pakcik tuu.. jauh daripada marah, jadi ketawa besor lak. pakcik pandai bergurau dalam menegur, macam sambal belacan gak – podeh tapi sodap.

      udah kat 2 tahun dah umr blog saya ni, inilah pertama kali saya letak foto sebagai posting. Kata orang putih, a picture is worth a thousand words, jadi takyah la saya citer panjang-panjang yer pakcik?

      tentang soalan pakcik tu, entahlah… saya pun susah hati jugak dgn penyakit masyarakat kita nih. tapi kita betulkan dulu diri sendiri, keluarga sendiri, yang dekat2 dulu. lebih baik kita buka puasa kat masjid/surau, semua dah terhidang. kalau belum ada, kita mulakan dulu, siapkan juadah untuk jemaah buka puasa. besar ganjaran tu pakcik. tak pun makan lah 2-3 biji buah kurma dgn air mineral, pastu terus solat maghrib jemaah, balik baru taler nasi bebetul.

      manaleh pakcik jer asyik tanya saya. saya pun nak gak tanya pakcik. kenapa bila datang ramadhan, ramai giler orang datang solat tarawih. tapi bila masuk minggu kedua ramadhan, dah mula reda. tinggal satu saf saje. sampai ujung-ujung ramadhan – tinggal imam, bilal ngan siak jer. apasal ha pakcik?

      salaam

  2. Asalamualaikum

    Pasal ansak tanya tu kena jawab le, kalau tak betul jangan marah pulak.
    Kita ni kalau mengaji alif sampai ya semuanya Iya, tapi kalau mengaji sampai ha, itulah yang banyak halnya, ada ha kecil ada hal besar. Tapi yang banyak ha tu mereka kena tambah huruf nya (huruf jawi slepas ya)pula supaya
    jadi hanya. Jadi nasihat anak itu memang ya, betulkan diri sendiri dahulu, tapi, itu tak sedapnya bertapi tapi pulak, tapi nasihat mensihat itu perlu juga.
    kata orang setiap amalan yang kita lakukan menurut niatnya. Niat tu pulak kata dema, pendirian zahir dan batin dalam lain perkatataan pendirian jiwa raga. Maksud diri tu macam berdiri, jiwa raga tu bolehlah diibaratkan kaki kiri dan kanan. Jadi kalau berdiri tu tak seimbang kaki kiri dan kanannya, tak lama telentang le, itu orang cakap pakcik nyampaikan aje, tapi ada juga orang cakap niat tu macam ketika menganggkat dua belah tangan permulaan solat, tapi itu lafas niat agaknya. Kesimpulannya amalan yang tak betul niatnya tak lama, samalah seperti sembahyang terawih, faktor lain mungkin jemu atau sebuk nak raya pula.
    Kalau nak dibandingkan anak dengan pakcik,Pakcik ni harapkan tua saja, sebenonya blog pakcik baru berumor tak sampai dua bulan, bayangkanlah berbanding dengan anak dua tahun, blog pakcik telah dikunjungi lebih tiga empat ribu orang kerana mereka suka dengar pakcik merapu soal jiwa raga,orang ni suka dengar cerita merapu ya , nanti lepas habis soal jiwa raga, Insayaalah pakcik nak cerita nyawa kemudian diri mudah mudahan.
    Minta maaf le pakcik dah cakap banyak beno ni, pakcik tau kamu bukan suka cakap banyak banyak, jadi cukuplah sampai disini saja, selalulah kunjungi halaman blog pakcik yang tak seumpamanya itu.

    terima kaseh salam hormat.

  3. Asalamualaikum

    Selamat menjalankan ibadah Puasa Ramadhan dan memperolehi keberkatannya.

    wasallam

  4. Nice pics …

  5. di jelang akhir ramadhan ini..
    oRiD + Keluarga mengucapkan..
    selamat IDUL FITRI 1430 H..
    maaf lahir bathin..

  6. Asalamualakum

    SELAMAT HARI RAYA
    MAAF ZAHIR BATIN

    Terima kaseh salam hormat.


Tinggalkan komen