Percuma/Gratis : Senaskhah Kitab Himpunan Doa

Ambillah dari saya senaskah kitab lama yang berisi doa-doa pendek yang mustajab untuk dibaca setiap hari. Disunting dalam format pdf dan dioptimalkan untuk kegunaan telefon pintar dan tablet/ipad. juga boleh dibaca di skrin komputer.

Inilah sadaqah jariah saya pada bulan yang mulia ini, dengan mengharapkan penerimaan dan kabul Allah .

Klik pautan ini >> http://bit.ly/12yUXJt

Atau klik saja pada imej di bawah ini.

Image

Jazakumullahu khair

Published in: on Julai 14, 2013 at 10:37 pm  Comments (3)  
Tags: , , , , , , , ,

Allah Maha Pengampun

“Jika ada yang menimpa seorang muslim, baik berupa rasa capek, sakit, kebingungan, kesedihan, kezhaliman orang lain, kesempitan hati, , sampai duri yang menancap di badannya, maka Allah akan jadikan semua itu sebagai penghapus dosa-dosanya.”

(HR. Bukhari)

Usia panjang dan tambah rezeki

Anas bin Malik r.a  berkata Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesiapa yang ingin bahawa usianya panjang dan rezekinya ditambah, hendaklah dia berlaku baik terhadap kedua-dua ibu bapanya dan menghubungkan silaturrahim dengan saudara maranya.”

(Musnad Ahmad)

Kata-kata yang tak terucap

Teruskanlah berbuat baik, berkata baik, memberi nasihat yang baik…walaupun tidak ramai orang mengenalimu, cukuplah Allah mengenalimu lebih daripada yang lain… Jadilah seperti jantung yang tidak terlihat tetapi terus berdenyut setiap saat hingga membuat kita terus hidup menjelang akhir hayat.

Nukilan dari Aniss Anissa,  jazakallah khair. Saya abadikan kata-kata ini di sidebar sebelah kanan, biar saya membacanya setiap kali saya ke sini. Mudah-mudahan Allah memberikan saya semangat untuk terus menghidupkan blog ini.  tolong amin kan.

Doa Ketika Salam Solat Subuh

Doa Semasa Salam Solat Subuh

Dαri Ummu Sαlαmαh رضي الله عنها berkαtα;

“Ketikα sαlαm dαlαm solαt Subuh Nαbi صلى الله عليه وآله وسلم mengucαpkαn;

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا وَرِزْقًا طَيِّبًا وَعَمَلًا مُتَقَبَّلًا

“Allαhummα Inni As Alukα Ilmαn Nααfi’αn, Wα Rizqαn Thαyyibαn, Wα ‘Amαlαn Mutαqαbbαlαn”

(Yα Allαh, dαku memohon kepαdαMu ilmu yαng bermαnfααt, rezeki yαng bαik sertα αmαl yαng diterimα.)

Hαdith Riwαyαt | Ibn Mαjαh

Published in: on Mac 8, 2013 at 2:07 am  Comments (3)  
Tags: , , , , , , , ,

3 Tanda Bersyukur

3 Tanda Bersyukur

7 golongan dilindungi di bawah bayangan Rahmat

Hazrat Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: 7 golongan yang akan dilindungi Allah swt di bawah bayangan rahmatNya pada hari yang tiada bayangan selain daripada bayangan rahmatNya iaitu:

  1. Pemerintah yang adil
  2. Pemuda yang menggunakan masa muda remajanya untuk beribadat kepada Allah
  3. Lelaki yang hatinya sentiasa terpaut kepada masjid
  4. Dua orang yang berkasih sayang antara satu sama lain kerana Allah. Mereka berkumpul dan berpisah kerana Allah
  5. Lelaki yang digoda oleh wanita bangsawan dan jelita, lalu dia berkata: “Sesungguhnya saya takut kepada Allah”
  6. Seorang yang memberi sedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak tahu sedekah yang diberikan oleh tangan kanannya
  7. Lelaki yang mengingati Allah berseorangan sehingga berlinangan air matanya.

(Hadith Riwayat Imam Bukhari, Muslim dan lain-lain)