Usia panjang dan tambah rezeki

Anas bin Malik r.a  berkata Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesiapa yang ingin bahawa usianya panjang dan rezekinya ditambah, hendaklah dia berlaku baik terhadap kedua-dua ibu bapanya dan menghubungkan silaturrahim dengan saudara maranya.”

(Musnad Ahmad)

Advertisements

Jangan menyinggung perasaan suami

Salman Al Farisi r.a telah meriwayatkan pada suatu hari Fatimah r.ha dalam keadaan tergesa-gesa telah datang bertemu ayahndanya. Baginda s.a.w melihat kedua mata Fatimah r.ha berlinangan airmata dan raut wajahnya sedih. Lalu baginda bertanya: Mengapa wahai anakku?

Fatimah r.ha menjawab: Ya Rasulullah, semalam aku bergurau dengan Ali, tanpa aku sengaja terkeluarlah perkataan yang menyinggung perasaannya. Setelah itu, aku dapati mukanya kemerahan kerana menahan marah. Aku sungguh menyesal atas keterlanjuran kataku itu lalu segera memohon maaf kepadanya: ‘Hai kekasihku, kesayanganku, relakanlah akan kesalahanku’, seraya aku mengelilinginya dan merayunya sebanyak 72 kali sehingga dia redha dan tertawa padaku. Walaupun suamiku telah redha tetapi aku masih tetap merasa takut kepada Allah s.w.t.

Rasulullah s.a.w bersabda kepada Fatimah r.a: Wahai anakku, demi Zat yang telah mengutusku sebagai Nabi dgn agama yang haq, sesungguhnya sekiranya engkau mati sebelum Ali meredhaimu, aku tidak akan solat jenazahmu.

Oleh: Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani, Masjid Al-Munawwarah, Shah Alam

3 perkara yang meningkatkan kemuliaan

  1. Memaafkan kesalahan orang lain dan menghapuskan bekas-bekasnya
  2. Memberi sesuatu kepada orang yang tidak pernah memberinya sesuatu
  3. Menyambung silaturrahim dengan orang yang memutuskan hubungan silaturrahim dengan dia.

Penyakit umat

Rasulullah s.a.w bersabda: Kelak akan menimpa umatku penyakit umat-umatku terdahulu, iaitu penyakit sombong, kufur nikmat, dan lupa diri dalam memperoleh harta dan bermegah-megah dengan harta. Mereka terjurumus dalam jurang kemenangan dunia, saling bermusuhan, saling iri dengki dan dendam sehingga melakukan kezaliman.

(Hadith Riwayat Al-Haakim)

Semoga Allah melindungi kita dari musibah ini… aamiin

Nasihat sepanjang zaman

Barangsiapa merasa cukup dengan apa yang telah diberikan Allah, maka dia kaya.

Barangsiapa suka memandang harta orang lain, dia akan mati miskin.

Barangsiapa tidak redha (tidak rela) dengan apa yang telah diberikan Allah kepadanya, maka dia telah menentang keputusanNya (qadha’Nya)

Barangsiapa memandang remeh kesalahannya, maka dia akan memandang besar kesalahan orang lain.

Barangsiapa memandang besar kesalahannya, maka dia akan memandang remeh kesalahan orang lain.

Barangsiapa membuka aib orang lain, maka aib keturunannya akan tersingkap.

Barangsiapa menggali lubang untuk mencelakakan saudaranya, maka dia sendiri akan terjerumus ke dalamnya.

Barangsiapa bergaul dengan ulama, maka dia akan dimuliakan.

Barangsiapa memasuki tempat-tempat biasa dikunjungi orang-orang bodoh, maka dia akan direndahkan.

Dan barangsiapa memasuki tempat-tempat kemaksiatan, maka dia akan dituduh berbuat maksiat.

Wahai orang tua ku

Apabila ibubapa hanya punya sedikit waktu bagi kepentingan anak-anak mereka, maka kekosongan besar akan berkembang dan ideologi serta pemikiran-pemikiran yang menyimpang akan segera bergerak masuk.

Jangan menakut-nakutkan sesama kita

Dari Abdul Rahman bin Abi Laila rah.a berkata, kami telah diceritakan oleh sahabat Nabi s.a.w : Satu ketika beliau bersama Nabi s.a.w di mana seorang sahabat telah tertidur.  Ketika dia nyenyak tidur, seorang sahabat telah mengambil tali kepunyaannya (semata-mata untuk bergurau sahaja).  Apabila sahabat tadi membuka matanya dan didapatinya talinya telah hilang disisinya, dia begitu susah hati.  Kerana itu Nabi s.a.w bersabda: Tidak halal bagi seorang Islam menakut-nakutkan seorang Islam yang lain.

(Hadith riwayat Abu Daud)

=========

Bergurau juga ada batasannya, jangan sampai teman-teman kita jadi trauma.