Peringatan untuk berubah dari anak muda

hidop ni x disediakan remote..bangon & ubah diri sendiri bro!

Dari anak buah ku di fb, cukup untuk membuat aku tersentak dari lamunan. Jangan kita cuekin kata-kata gaul anak muda. Petunjuk Allah datang melalui berbagai cara, jika kita prihatin.

Advertisements

Selamat Tinggal Ramadhan, sehingga berjumpa lagi

Tamatlah sudah ibadah puasa di bulan ramadhan alhamdulillah, dapat juga kita bertemu dengan Idulfitri pada tahun ini. Tahun hadapan belum tentu tapi kita berharap agar Allah panjangkan umur kita dan dapat pula kita penuhi dengan amalan-amalan yang bakal membawa kita ke destinasi kita yang sebenarnya, yakni syurga.

Dalam kita menjamu juadah hari raya, jangan lupa akan kesihatan diri, terutama yang telah berumur dan dihinggapi berbagai penyakit seperti saya ini. Berpada-pada lah dengan makan minum kita sesungguhnya Allah tidak suka pada yang berlebih-lebihan.

Dan ingatlah juga bahawa akal yang sihat itu berada didalam tubuh yang sihat.

Terima kasih kerana sudi bertandang dan diharap manfaatkan sepenuhnya dari blog ini.

Assalamualaikum.

Membimbing diri

Barangsiapa mampu menasihati dan membimbing dirinya sendiri, maka Allah akan selalu memelihara dan menjaganya.

Dunia akhir zaman

Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan penipuan. Pada waktu itu orang yang berdusta dikatakan benar, dan orang yang benar dikatakan berdusta. Orang khianat akan disuruh memegang amanah, dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat, dan yang berpeluang bercakap hanyalah golongan ‘Ruwaibidhah’. Sahabat bertanya, apakah Ruwaibidhah wahai Rasulullah? Nabi menjawab, orang bodoh yang bercakap mengenai urusan orang ramai.

[HR Ahmad]

Kasih sayang suami isteri

Apabila seorang suami memandang kepada isterinya dan isterinya memandang kepadanya, maka Allah akan memandang mereka dengan kasih sayang. Lalu bila suami memegang-megang tapak tangan isterinya, maka dosa-dosa mereka akan berguguran melalui jari jemari mereka.

 

Siapakah orang yang berakal?

Orang yang berakal ialah orang yang mengetahui dan menyedari bahawa kehidupan dunia tidak digunakan untuk bersenang-senang, kerana itu dia amat berhati-hati dalam menggunakan dan memanfaatkan masa dalam setiap kesempatan.

Kehilangan segala-gala

Jika anda kehilangan harta benda, anda tidak kehilangan sesuatu.

Jika anda kehilangan semangat dan keberanian, berarti anda kehilangan banyak hal.

Dan jika anda kehilangan kemuliaan serta harga diri, berarti anda kehilangan segala-galanya.