Ibadat dalam diam-diam

Dirawayatkan dari Nabi s.aw:

Apabila sudah hari kiamat,  maka datanglah suatu kaum yang bersayap seperti sayapnya burung dan mereka terbang diatas dinding-dinding syurga.

Penjaga syurga bertanya kepada mereka:  Siapakah kamu sekelian?

Mereka menjawab: Kami semua adalah dari umat Nabi Muhammad s.a.w.

Penjaga syurga bertanya: Apakah kamu mengetahui hisab?

Mereka menjawab:  Tidak

Kemudian penjaga syurga bertanya lagi:  Apakah kamu tahu titian (siraathal mustaqim)?

Mereka menjawab:  Tidak

Penjaga syurga bertanya lagi: Dengan apa kamu mendapat darjat yang tinggi ini?

Mereka menjawab: Kami telah beribadat kepada Allah dengan cara diam-diam di dunia, maka kami dimasukkan ke dalam syurga di akhirat dengan diam-diam juga.

(Zabdatul Waa’izdiina)

Advertisements

Fadhilat Jumaat

ALBAZZAR meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w biasa memotong kuku dan menggunting misai sebelum keluar untuk solat Jumaat.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda: Siapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat maka akan didoakan oleh malaikat hingga malam.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda: Siapa membaca pada pagi Jumaat sebelum solat Subuh, Astagh Firullahalladzi la ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilahi’ tiga kali, nescaya Allah akan mengampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di laut.

Dari Abu Hurairah r.a katanya, dia mendengar Nabi s.a.w bersabda: Janganlah kamu berpuasa pada hari Jumaat melainkan bersama satu hari sebelumnya atau sesudahnya.

Pada hari Jumaat dijadikan ada saat mustajab; tiada seorang berdoa bertepatan dengan saat itu melainkan pasti doanya diterima selagi tidak berdoa untuk kejahatan atau memutuskan hubungan keluarga.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda: Siapa yang berwuduk sahaja untuk menghadiri solat Jumaat adalah sudah baik (memadai), tetapi siapa yang mandi maka adalah terlebih baik.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda: Sesungguhnya hari-hari yang utama bagi kamu iaitu hari Jumaat maka perbanyakkanlah membaca selawat padaku kerana bacaan selawatmu itu langsung disampaikan kepadaku (pada hari Jumaat).

Published in: on Oktober 30, 2008 at 6:07 am  Comments (19)  
Tags: , , , , ,

Antara sihat dan sakit

Ketika sihat,  maka perbanyakkanlah beribadat. Ketika sakit,  maka tingkatkanlah kesabaran kita, kerana itulah masanya digugurkan Allah akan dosa-dosa kita.

Published in: on Disember 27, 2007 at 6:12 am  Tinggalkan Komen  
Tags: , , , , , , ,