Selamat Tinggal Ramadhan, sehingga berjumpa lagi

Tamatlah sudah ibadah puasa di bulan ramadhan alhamdulillah, dapat juga kita bertemu dengan Idulfitri pada tahun ini. Tahun hadapan belum tentu tapi kita berharap agar Allah panjangkan umur kita dan dapat pula kita penuhi dengan amalan-amalan yang bakal membawa kita ke destinasi kita yang sebenarnya, yakni syurga.

Dalam kita menjamu juadah hari raya, jangan lupa akan kesihatan diri, terutama yang telah berumur dan dihinggapi berbagai penyakit seperti saya ini. Berpada-pada lah dengan makan minum kita sesungguhnya Allah tidak suka pada yang berlebih-lebihan.

Dan ingatlah juga bahawa akal yang sihat itu berada didalam tubuh yang sihat.

Terima kasih kerana sudi bertandang dan diharap manfaatkan sepenuhnya dari blog ini.

Assalamualaikum.

Calon menantu

Kuih serabai manisan betik

Dihidang juga pisang sesikat

Mengaji pandai rupa pun cantik

Lembut bahasa ramai terpikat

(dipetik dari facebook ibu saudaraku)

Berdoalah untuk ibubapa kita

Jika kita sentiasa berdoa untuk kesejahteraan kedua ibubapa kita, Allah akan menggulungkan kita dikalangan orang-orang yang taat kepada ibubapa mereka.

Syarat masuk syurga (buat sang isteri)

Rasulullah s.a.w bersabda : Apabila seorang isteri solat fardhu yang lima, puasa sebulan ramadhan, menjaga kemaluannya, taat kepada suaminya, maka dia masuk syurga.

(Hadith Riwayat Muslim)

Kasih sayang suami isteri

Apabila seorang suami memandang kepada isterinya dan isterinya memandang kepadanya, maka Allah akan memandang mereka dengan kasih sayang. Lalu bila suami memegang-megang tapak tangan isterinya, maka dosa-dosa mereka akan berguguran melalui jari jemari mereka.

 

Pedoman Kehidupan

Barangsiapa tidak mengenali jati dirinya,  dia  akan terjerumus.

Barangsiapa takut kepada Allah, dia akan selamat.

Barangsiapa belum pernah mencuba sesuatu,  dia akan tertipu.

Barangsiapa menentang kebenaran, dia pasti akan terkalahkan.

Barangsiapa mengetahui akan datangnya ajal, pasti akan berkurangan angan-angan dan cita-citanya.

Kehilangan segala-gala

Jika anda kehilangan harta benda, anda tidak kehilangan sesuatu.

Jika anda kehilangan semangat dan keberanian, berarti anda kehilangan banyak hal.

Dan jika anda kehilangan kemuliaan serta harga diri, berarti anda kehilangan segala-galanya.