Keutamaan Waktu

permata post

Berkata Umar ibnul Khathab r.a

Umar ibnul Khathab r.a berkata : Telah sukses orang yang memelihara dirinya dari kerakusan, tidak memperturutkan hawa nafsunya dan tidak suka marah-marah (beremosi).

Selamat Tinggal Ramadhan, sehingga berjumpa lagi

Tamatlah sudah ibadah puasa di bulan ramadhan alhamdulillah, dapat juga kita bertemu dengan Idulfitri pada tahun ini. Tahun hadapan belum tentu tapi kita berharap agar Allah panjangkan umur kita dan dapat pula kita penuhi dengan amalan-amalan yang bakal membawa kita ke destinasi kita yang sebenarnya, yakni syurga.

Dalam kita menjamu juadah hari raya, jangan lupa akan kesihatan diri, terutama yang telah berumur dan dihinggapi berbagai penyakit seperti saya ini. Berpada-pada lah dengan makan minum kita sesungguhnya Allah tidak suka pada yang berlebih-lebihan.

Dan ingatlah juga bahawa akal yang sihat itu berada didalam tubuh yang sihat.

Terima kasih kerana sudi bertandang dan diharap manfaatkan sepenuhnya dari blog ini.

Assalamualaikum.

Diam dan jujur sifat yang disukai

Semoga kita menjadi orang yang banyak diam atau orang yang selalu jujur kerana diam itu keselamatan dan baik; dan jujur itu suatu kemuliaan yang disukai oleh Allah dan manusia.

Teka-teki Imam Ghazali rah.a

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :

Imam Ghazali = ” Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?

Murid 1 = ” Orang tua ”

Murid 2 = ” Guru ”

Murid 3 = ” Teman ”

Murid 4 = ” Kaum kerabat ”

Imam Ghazali = ” Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = ” Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?”

Murid 1 = ” Negeri Cina ”

Murid 2 = ” Bulan ”

Murid 3 = ” Matahari ”

Murid 4 = ” Bintang-bintang ”

Iman Ghazali = ” Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun keadaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama”.

Iman Ghazali = ” Apa yang paling besar didunia ini ?”

Murid 1 = ” Gunung ”

Murid 2 = ” Matahari ”

Murid 3 = ” Bumi ”

Imam Ghazali = ” Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.”

IMAM GHAZALI” Apa yang paling berat didunia? ”

Murid 1 = ” Baja ”

Murid 2 = ” Besi ”

Murid 3 = ” Gajah ”

Imam Ghazali = ” Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.”

Imam Ghazali = ” Apa yang paling ringan di dunia ini ?”

Murid 1 = ” Kapas”

Murid 2 = ” Angin ”

Murid 3 = ” Debu ”

Murid 4 = ” Daun-daun”

Imam Ghazali = ” Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat ”

Imam Ghazali = ” Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? ”

Murid- Murid dengan serentak menjawab = ” Pedang ”

Imam Ghazali = ” Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri “

Dunia akhir zaman

Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan penipuan. Pada waktu itu orang yang berdusta dikatakan benar, dan orang yang benar dikatakan berdusta. Orang khianat akan disuruh memegang amanah, dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat, dan yang berpeluang bercakap hanyalah golongan ‘Ruwaibidhah’. Sahabat bertanya, apakah Ruwaibidhah wahai Rasulullah? Nabi menjawab, orang bodoh yang bercakap mengenai urusan orang ramai.

[HR Ahmad]

Syarat masuk syurga (buat sang isteri)

Rasulullah s.a.w bersabda : Apabila seorang isteri solat fardhu yang lima, puasa sebulan ramadhan, menjaga kemaluannya, taat kepada suaminya, maka dia masuk syurga.

(Hadith Riwayat Muslim)