Allahyarham Ustadz Jefry Al-Bukhori

Allahyarham Ustadz Jefry Al-Bukhori

Pada akhirnya.. Semua akan menemukan yg namanya titik jenuh.. Dan pada saat itu.. Kembali adalah yg terbaik.. Kembali pada siapa..??? Kpd “DIA” pastinya.. Bismika Allohumma ahya wa amuut.

Selamat jalan Uje.. Semoga Allah SWT memberikan tempat yang terindah untukmu di Syurga…. Amin.

Sifat Sombong Merugikan

Apabila kita tidak  berilmu, kita harus mengamalkan sifat merendahkan diri untuk belajar. Kita tidak boleh menjadi orang sombong, kerana dengan kesombongan itu, kita akan menjadi orang bodoh. Sekalipun seseorang itu mempunyai ilmu yang mencapai tahap ijazah kedoktoran (PhD), jika dia sombong,  ijazah kedoktorannya itu tidak akan menjadikan  dia lebih bijaksana. Hal  ini  kerana,  orang sombong dengan ilmunya  tidak akan suka ditegur dan dibetulkan. Dia  merasakan dirinya sentiasa benar dalam semua perkara. Maka jika dia tersalah, dia akan kekal dalam kesalahan itu. Dia juga tidak suka menadah ilmu daripada orang yang dirasakannya lebih rendah tahap ilmunya. Maka ilmunya tidak akan meningkat dan berkembang, tetapi akan beku atau hanya menjurus pada satu-satu bidang yang dia pakar sahaja.
 
Lain halnya dengan ahli ilmu yang tawaduk atau merendah diri. Seorang yang tawaduk akan sanggup menadah ilmu daripada siapa saja. Dia juga rela ditegur dan dikritik. Kepada orang yang merendah diri, Allah akan berikan padanya hati yang lapang, fikiran yang cerdas dan perasaan yang tenang untuk mendapat ilmu yang banyak.
 
Ilmu akan meninggikan darjat seseorang di sisi Allah dan manusia tetapi dengan syarat, orang itu merendah diri. Namun sekiranya dia  angkuh, tunggulah, ilmu itu yang akan menghenyaknya ke bawah. Ingatlah, rasa tidak berilmu adalah pakaian peribadi orang yang benar-benar berilmu.  
 
Sumber : Nota Fikir untuk Zikir (Pahrol M Juoi)

Antara keindahan lahiriah dan kesucian batin

Hendaklah penampilan lahiriah yang indah dan mempesona itu diikuti oleh upaya memperindah batin dengan beribadah, berzikir, murakabah, ikhlas, tawakkal dan membenarkan segala sesuatu yang datang dari Allah swt. Dengan demikian, akan lahir kesatuan antara keindahan lahiriah dan kesucian batin dan menjadi cahaya di atas cahaya.

Diam dan jujur sifat yang disukai

Semoga kita menjadi orang yang banyak diam atau orang yang selalu jujur kerana diam itu keselamatan dan baik; dan jujur itu suatu kemuliaan yang disukai oleh Allah dan manusia.

Takwa

Rasulullah s.a.w bersabda: Bertakwalah kepada Allah di manapun kamu berada. Dan iringilah perbuatan buruk dengan perbuatan baik nescaya ia akan menghapuskan. Dan bergaullah bersama manusia dengan akhlak yang baik.

(Hadith Riwayat Athtirmidzi dan Ahmad)

Malu

Barangsiapa menghiasi dirinya dengan sifat malu, maka orang lain tidak akan menemukan aibnya.

Riak #1

Allah menyukai orang-orang yang baik, bertakwa dan tidak terkenal yang bilamana mereka tiada, mereka tidak akan dicari, dan bilamana mereka ada, mereka tidak dikenali.

(Sedutan hadith yang panjang riwayat Umar bin Khattab r.a)

Mudah-mudahan mereka-mereka itu adalah kita insyaAllah, amiin…