
Ibu
Satu ketika Imam Shafie rah.a didapati telah mencium tapak kaki ibunya. Ibunya bertanya, kenapa nak, kau cium tapak kaki ibu?
Beliau menjawab, saya tidak mencium tapak kaki ibu, saya mencium syurga yang di bawah tapak kaki ibu.
Sayangilah dan ciumlah ibu kita semasa dia masih bersama kita. Kalau dia sudah tiada, doakanlah dia supaya Allah megasihi dia sebagaimana dia mengasihi kita sewaktu kita kecil.

Pemgampunan di Bulan Ramadhan
Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan ihtisab (mengharapkan pahala), maka diampunkan baginya dosa-dosa yang lepas.
~ Hadith riwayat Imam Bukhari & Muslim

Silaturrahim
Barang siapa yang ingin dilapangkan rezeki dan dipanjangkan umur, maka hendaklah ia menyambung silaturrahim
~ Hadith Riwayat Bukhari
