Keutamaan Waktu

permata post

Adab Menjadi Tuan Rumah

  • Sejurus sahaja tetamu sampai, uruskanlah makanannya. Apa sahaja yang mudah di dapati dan disediakan uruskanlah segera, jika ada kemampuan untuk menyediakan makanan yang lebih mewah, uruskanlah kemudian.
  • Apabila tetamu datang, ada baiknya jika terlebih dahulu ditunjukkan kepadanya di mana tandas supaya dia tidak gelisah kalau tiba-tiba dia ada qadha hajat.
  • Beramah-mesralah terhadap tetamu dan penuhilah keperluan dan keselesaannya. Jamulah dengan makanan yang agak mewah (mengikut kemampuan anda) sekurang-kurangnya pada sesuatu ketika. Tetamu mempunyai hak terhadap tuan rumah selama 3 hari.
  • Janganlah keluar ke pekan mencari-cari sesuatu untuk tetamu. Apa sahaja yang sesuai yang terdapat, hidangkanlah untuk mereka. Janganlah terlampau formal sangat.
  • Tuan rumah janganlah terlalu mendesak tetamu supaya makan. Ini bertentangan dengan kebajikan tetamu.
  • Tuan rumah janganlah hanya menghidangkan makanan kepada tetamu kemudian biarkan begitu sahaja. Dia hendaklah tinggal di situ dan lihatlah apa-apa keperluan tetamu. Tatkala memerhatikan keadaan tetamu, tuan rumah janganlah merenung tajam ke arah tetamu, ataupun menjadikan tetamu menyedari bahawa dia sedang diperhatikan. Hendaklah tuan rumah sekali-sekali memandang sepintas lalu kalau-kalau tetamu memerlukan sesuatu.
  • Kadangkala orang merenung kepada tetamu ketika makan, melihat apa dan banyak mana yang dia makan. Tetamu tentu akan merasa kekok dengan kelakuan begini.
  • Tuan rumah janganlah memberati dirinya dengan sentiasa berada dekat tetamu. Biarkan tetamu dalam keadaan bebas. Biarkanlah tetamu makan sekehendaknya.
  • Jika perlu untuk menghidang makanan lagi, janganlah mengalihkan bekas (yang masih ada makanan) yang berada dihadapan tetamu. Bawalah makanan tambahan dengan bekas yang lain.
  • Apabila ada dua orang tetamu, layanilah mereka dengan adil.
  • Apabila tetamu akan meninggalkan kita, ikutilah dia sehingga ke pintu. Ini adalah sunnah.

Perancangan

Orang yang aktiviti hidupnya selalu terancang dengan baik akan mampu bertindak efektif dan efisien.

Mengambil Keputusan

Tidak akan tepat dan adil dalam mengambil keputusan, kecuali diawali dengan mencari maklumat, data dan fakta setepat dan selengkap yang mungkin tanpa dipengaruhi oleh emosi.

Published in: on Disember 17, 2007 at 11:14 pm  Tinggalkan Komen  
Tags: ,