Peringatan untuk berubah dari anak muda

hidop ni x disediakan remote..bangon & ubah diri sendiri bro!

Dari anak buah ku di fb, cukup untuk membuat aku tersentak dari lamunan. Jangan kita cuekin kata-kata gaul anak muda. Petunjuk Allah datang melalui berbagai cara, jika kita prihatin.

Dunia akhir zaman

Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan penipuan. Pada waktu itu orang yang berdusta dikatakan benar, dan orang yang benar dikatakan berdusta. Orang khianat akan disuruh memegang amanah, dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat, dan yang berpeluang bercakap hanyalah golongan ‘Ruwaibidhah’. Sahabat bertanya, apakah Ruwaibidhah wahai Rasulullah? Nabi menjawab, orang bodoh yang bercakap mengenai urusan orang ramai.

[HR Ahmad]

Perubahan dan Kemajuan

Bukanlah setiap perubahan itu kemajuan, tetapi setiap kemajuan bermula dengan perubahan.

Semangat Kerjasama

Yang kita perlukan ketika ini ialah semangat untuk berubah dan perubahan itu akan semakin cepat jika terjalin kerjasama dengan orang lain.

Published in: on Disember 20, 2007 at 7:39 am  Tinggalkan Komen  
Tags: ,

Perubahan

Perubahan adalah sesuatu yang pasti terjadi,  siapapun yang tidak siap dengan perubahan dan tidak bersungguh-sungguh merubah diri menjadi lebih baik,  nescaya akan berat menghadapi hidup.

Published in: on Disember 12, 2007 at 11:21 pm  Tinggalkan Komen  
Tags: ,