Adab Menjadi Tuan Rumah

  • Sejurus sahaja tetamu sampai, uruskanlah makanannya. Apa sahaja yang mudah di dapati dan disediakan uruskanlah segera, jika ada kemampuan untuk menyediakan makanan yang lebih mewah, uruskanlah kemudian.
  • Apabila tetamu datang, ada baiknya jika terlebih dahulu ditunjukkan kepadanya di mana tandas supaya dia tidak gelisah kalau tiba-tiba dia ada qadha hajat.
  • Beramah-mesralah terhadap tetamu dan penuhilah keperluan dan keselesaannya. Jamulah dengan makanan yang agak mewah (mengikut kemampuan anda) sekurang-kurangnya pada sesuatu ketika. Tetamu mempunyai hak terhadap tuan rumah selama 3 hari.
  • Janganlah keluar ke pekan mencari-cari sesuatu untuk tetamu. Apa sahaja yang sesuai yang terdapat, hidangkanlah untuk mereka. Janganlah terlampau formal sangat.
  • Tuan rumah janganlah terlalu mendesak tetamu supaya makan. Ini bertentangan dengan kebajikan tetamu.
  • Tuan rumah janganlah hanya menghidangkan makanan kepada tetamu kemudian biarkan begitu sahaja. Dia hendaklah tinggal di situ dan lihatlah apa-apa keperluan tetamu. Tatkala memerhatikan keadaan tetamu, tuan rumah janganlah merenung tajam ke arah tetamu, ataupun menjadikan tetamu menyedari bahawa dia sedang diperhatikan. Hendaklah tuan rumah sekali-sekali memandang sepintas lalu kalau-kalau tetamu memerlukan sesuatu.
  • Kadangkala orang merenung kepada tetamu ketika makan, melihat apa dan banyak mana yang dia makan. Tetamu tentu akan merasa kekok dengan kelakuan begini.
  • Tuan rumah janganlah memberati dirinya dengan sentiasa berada dekat tetamu. Biarkan tetamu dalam keadaan bebas. Biarkanlah tetamu makan sekehendaknya.
  • Jika perlu untuk menghidang makanan lagi, janganlah mengalihkan bekas (yang masih ada makanan) yang berada dihadapan tetamu. Bawalah makanan tambahan dengan bekas yang lain.
  • Apabila ada dua orang tetamu, layanilah mereka dengan adil.
  • Apabila tetamu akan meninggalkan kita, ikutilah dia sehingga ke pintu. Ini adalah sunnah.

The URI to TrackBack this entry is: https://permatakata.wordpress.com/2008/06/03/224/trackback/

RSS feed for comments on this post.

One CommentTinggalkan komen

  1. TERIMA KASIH FOR INFO


Tinggalkan komen