Assalamualaikum dan Selamat Datang ke Blog saya yang tidak sepertinya ini. Tentu anda sudah menduga bahawa blog ini dihasilkan oleh warga Malaysia daripada bahasa yang digunakan. Saya lebih suka jika bahasa yang digunakan disebut sebagai bahasa nusantara, kerana anda yang berasal dari Indonesia, Singapura dan Brunei juga boleh memahaminya dengan baik, walaupun mungkin ada istilah atau ungkapan yang terasa asing, tetapi saya rasa bisa saja difahami.
Anda juga akan mendapati kata-kata pedoman yang dipaparkan di sini tidak menyertakan nama pemilik kata-kata tersebut. Apalah ada pada nama, malah akan membuat kita prejudis dan menilai orang yang membuahkan kata-kata yang baik itu, sedangkan yang penting, kita dapat mengamalkan kata-kata itu sehingga ianya menjadi sifat semulajadi kita. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang baik-baik dan orang lain juga mendapat manfaat daripada amalan yang terbit dari hati yang bening dan ikhlas.
Terima kasih kerana sudi mampir ke blog saya yang serba ringkas ini. Sudi juga kiranya kalau dapat, meninggalkan kata dua untuk pedoman saya, juga untuk pengunjung yang bakal datang. Semoga kita sentiasa berada didalam kesejahteraan.
Salaam, exzede

salam damai,,
blog yang ringkas,, tapi mengingatkan banyak tentang hal-hal kecil.
Terima kasih atas kunjungannya. iya mas, secara kecil-kecilan aja mengkatalogkan semua kata-kata yang baik-baik yang ada didalam simpanan saya. Kata orang, doing little things well is a step towards doing big things better.
)
Salam… Bila meng-Kaji,Kritik dan Kantoi… Blog yang baik dan bagus. Seperti yang dikatakan diatas, ringkas tapi padat… Teruskan Usaha!
terima kasih kipp.
Assalamualaikum warahmatullah,
Terima kasih di atas jemputan ke sini…
Pastinya saya akan selalu lagi ke sini…Sungguh banyak mutiara dan permata kata-kata yang boleh dikutip dan dibuat hiasan hidup dan diri dari sini…
Wasalam…
Waalaikum salaam dan terima kasih kerana sudi berkunjung. walaupun banyak mutiara dan permata, bagi diri saya masih belum dapat menggilapnya sehingga ianya menjadi seperti yang puan katakan, ‘hiasan hidup’. Maksud saya mengamalkan kata-kata tersebut sehingga ianya menjadi sikap dan keperibadian saya.
====
aiii…salam…
salaam juga.. thanks for coming
does anyone knows if there is any other information about this subject in other languages?
I have also published quotes in english, please go to http://wizdompath.wordpress.com
Bagus sekali Mas Blognya…
Betul2 merupakan permata yang tertata rapi…
Barakallahu fiik…
Jazzana wa iya kum, dan Salaam buat Bapak Abu Afkar. Syukur dan saya merasa sangat beruntung atas kunjungan Bapak ke blog saya yang sangat minimal ini. Silahkan Bapak berbagi ilmu di sini yah…
Assalamu’alaikum saudaraku exzede,
Bagaimana gerangan kabarnya? semoga sentiasa sehat.
Saya mengundang antum untuk mengisi kesan di http://zidaburika.wordpress.com/blogroll/ , yg mana nanti komentar yg ada otomatis menjadi bagian dari blogroll itu sendiri. Jangan lupa untuk meninggalkan link blog antum di sana.
Atas perhatian saya ucap terima kasih.
Jazakallah.
Wassalam.
salaam mas rozi, terima kasih atas kunjungan buat kesekian kalinya. terima kasih juga atas undangannya, InsyaAllah kamu akan mendapati kesan telapak kakiku sudah ada disana.
salaam
assalamualaikum,
Alhamdulillah berpeluang ke sini, blog yang sangat saya minati, mudah2an setiap langkah kita membawa barkath dunia akhirat…
HATI itu umpama pedang, ILMU adalah batu asahnya. Tiada gunanya pedang yang tumpul dan berkarat. Tiada guru yang tidak pernah menjadi murid…HUKAMAK
waalaikum salaam warahmatullah, saudaraku putra. terima kasih kerana sudi bertandang ke blog saya dan juga kata-kata hikmah di atas. mudah-mudahan kita senantiasa mengasah pedang kita.
datang laa lagi senang-senang
assalamualaikum… salam kenalan dari Kak Aida. nanti ada kelapangan Kak Aida dtg lagi kat blog ini… insyaallah.
http://aidammt.wordpress.com
wa’alaikum salaam warahmatullah, akak. terima kasih bebanyak kerana sudi bertandang ke blog saya. rasa macam nak tabur nasi kunyit dan renjis air mawar menyambut kedatangan akak di sini. kebetulan juga saya di melaka nih. nanti senang2 kita borak akak yer..
Salam,
saya gembira menemui blog ini. Keep on updated yer..
InsyaAllah. kadang-kadang saya terlalu sibuk….
Selamat Hari Kebangsaan Kepada Tuan,
Wadah penulisan ini selalu menjadi inspirasi kata diri bagi saya. Semoga penulisan yang amat baik ini diteruskan.
Tak lupa juga,
Selamat Berpuasa
Razifembi@Relaxjom
ass.maaf sbelumnya,tp sya seneng bsa dpat sdikt ilmu dri blok ini,cuma isi blok ini suptansi materi kurang jelas,jadi sya kurang puas..trimsss
salaam sdr,
maaf, coretan-coretan di blog ini adalah peringatan buat saya sendiri pertama-tama dan kalau dapat dimanfaatkan oleh orang lain, saya bersyukur kpd Illahi, jika tidak, itu adalah karena kelemahan diri saya sendiri dan saya beristighfar kpd Allah dan memohon maaf daripada sdr jika ianya tidak dapat memenuhi keperluan sdr.