Usia panjang dan tambah rezeki

Anas bin Malik r.a  berkata Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesiapa yang ingin bahawa usianya panjang dan rezekinya ditambah, hendaklah dia berlaku baik terhadap kedua-dua ibu bapanya dan menghubungkan silaturrahim dengan saudara maranya.”

(Musnad Ahmad)

Allahyarham Ustadz Jefry Al-Bukhori

Allahyarham Ustadz Jefry Al-Bukhori

Pada akhirnya.. Semua akan menemukan yg namanya titik jenuh.. Dan pada saat itu.. Kembali adalah yg terbaik.. Kembali pada siapa..??? Kpd “DIA” pastinya.. Bismika Allohumma ahya wa amuut.

Selamat jalan Uje.. Semoga Allah SWT memberikan tempat yang terindah untukmu di Syurga…. Amin.

Kata-kata yang tak terucap

Teruskanlah berbuat baik, berkata baik, memberi nasihat yang baik…walaupun tidak ramai orang mengenalimu, cukuplah Allah mengenalimu lebih daripada yang lain… Jadilah seperti jantung yang tidak terlihat tetapi terus berdenyut setiap saat hingga membuat kita terus hidup menjelang akhir hayat.

Nukilan dari Aniss Anissa,  jazakallah khair. Saya abadikan kata-kata ini di sidebar sebelah kanan, biar saya membacanya setiap kali saya ke sini. Mudah-mudahan Allah memberikan saya semangat untuk terus menghidupkan blog ini.  tolong amin kan.

Keutamaan Waktu

permata post

7 golongan dilindungi di bawah bayangan Rahmat

Hazrat Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: 7 golongan yang akan dilindungi Allah swt di bawah bayangan rahmatNya pada hari yang tiada bayangan selain daripada bayangan rahmatNya iaitu:

  1. Pemerintah yang adil
  2. Pemuda yang menggunakan masa muda remajanya untuk beribadat kepada Allah
  3. Lelaki yang hatinya sentiasa terpaut kepada masjid
  4. Dua orang yang berkasih sayang antara satu sama lain kerana Allah. Mereka berkumpul dan berpisah kerana Allah
  5. Lelaki yang digoda oleh wanita bangsawan dan jelita, lalu dia berkata: “Sesungguhnya saya takut kepada Allah”
  6. Seorang yang memberi sedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak tahu sedekah yang diberikan oleh tangan kanannya
  7. Lelaki yang mengingati Allah berseorangan sehingga berlinangan air matanya.

(Hadith Riwayat Imam Bukhari, Muslim dan lain-lain)

Antara keindahan lahiriah dan kesucian batin

Hendaklah penampilan lahiriah yang indah dan mempesona itu diikuti oleh upaya memperindah batin dengan beribadah, berzikir, murakabah, ikhlas, tawakkal dan membenarkan segala sesuatu yang datang dari Allah swt. Dengan demikian, akan lahir kesatuan antara keindahan lahiriah dan kesucian batin dan menjadi cahaya di atas cahaya.

Selamat Tinggal Ramadhan, sehingga berjumpa lagi

Tamatlah sudah ibadah puasa di bulan ramadhan alhamdulillah, dapat juga kita bertemu dengan Idulfitri pada tahun ini. Tahun hadapan belum tentu tapi kita berharap agar Allah panjangkan umur kita dan dapat pula kita penuhi dengan amalan-amalan yang bakal membawa kita ke destinasi kita yang sebenarnya, yakni syurga.

Dalam kita menjamu juadah hari raya, jangan lupa akan kesihatan diri, terutama yang telah berumur dan dihinggapi berbagai penyakit seperti saya ini. Berpada-pada lah dengan makan minum kita sesungguhnya Allah tidak suka pada yang berlebih-lebihan.

Dan ingatlah juga bahawa akal yang sihat itu berada didalam tubuh yang sihat.

Terima kasih kerana sudi bertandang dan diharap manfaatkan sepenuhnya dari blog ini.

Assalamualaikum.