- Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri.(Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan)
|
- Berikan anak anda pelukan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk).
|
- Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran).
|
- Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya)
|
- Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka membuatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.
|
- Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
|
- Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka sebagai suatu bebanan kepada ibubapa mereka.
|
- Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap.
|
- Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.
|
- Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. Anak2 yg datangnya daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain.
|
- Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
|
- Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka.. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.
|
- Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
|
- Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
|
- Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.
|
- Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibubapa.
|
- Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja-kerja ofis selalunya lebih penting daripada keluarga.
|
- Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka, tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
|
- Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda. Ibarat kain yang putih, terpulanglah kepada anda untuk mencorakkannya. Semuanya di tangan anda.
|
bagai mana cara mendidik anak dari kecil supaya otaknya bisa menerima apa yang di ajartkan orang tua
bagai mana cara mendidik anak yang masih usia 1tahun
menurut saya, biar aja dia bermain dengan teman-teman yang sebaya dirinya, dan di pantau dari jauh. mereka saling belajar mengajar. anak kecil belum paham maksud hidup jika diungkapkan dgn kata-kata, jadi tdk perlu khawatir.
terima kasih karena sudi mampir dan berkomentar.
benda-benda apa yang mudah dimengerti oleh anak-anak atau warna apa ya?
pada hemat saya, anak-anak ngerti semua, kecuali menilai tahap situasi bahaya. maka dicoba semuanya tanpa rasa takut
tanda-tanda apa yang nampak pada anak bila ingin berkomunikasi pada orang tua
biasanya pada tenungan mata nya tepat ke mata kita (eyeball to eyeball)
Bagaimana cara menghilangkan kebiasaan buruk anak saya yang berusia 6 thn seperti: tidak mau dikeramas/cuci rambut & cuci muka dgn sabun, selalu minta dibelikan mainan dan susah diatur.
Adapun ini saya sampaikan karena sebelumnya anak di asuh oleh ibunya (kami bercerai), karena suatu hal, anak saya ambil & sudah 1 minggu dibawah asuhan saya.
Terimakasih,
Dede Supiandi
Mas Dede,
namanya juga anak kecil – belum mengerti sesuatu apa pun. lantas, sudah menjadi tugas kita sebagai orang tua mereka untuk menerangkan logika sesuatu suruhan agar dapat difahami dan dikerjakan secara berterusan.
bagaimana caranya kita untuk menangani anak-anak yang selalu bergaduh dan tidak pandai share barang.saya rungsing kadang-kadang dan tidak tahu bagaimana caranya dan selalu stress bila bunyi mereka bergaduh
puan, bukan namanya anak-anak kalau mereka tidak bergaduh. jauh kehadapan dalam hidup puan, puan akan merindukan hingar-bingar daripada anak-anak puan apabila mereka sudah meningkat dewasa. kadang-kadang dalam gaduh-gaduh itu, Allah mentarbiah mereka erti kasih-sayang, kemaafan dan menjadikan ibubapa mereka lebih matang dalam menangani karenah anak-anak.
maaf jika saya tidak menjawab soalan puan dengan tepat kerana saya kira kaedah mendidik anak-anak adalah sesuatu yang sangat halus dan unik. hanya dari pengalaman lampau kita beserta petunjuk dari Allah yang akan menentukan cara terbaik untuk menangani situasi tersebut.
pun begitu, saya terjumpa suatu artikel ringkas dalam bahasa inggeris tentang cara-cara menangani anak-anak ketika mereka bergaduh. mohon dirujuk di blog inggeris saya di sini.
Maka Allah Pemilik sekalian alam lah yang lebih mengetahui.