Diam dan jujur sifat yang disukai

Semoga kita menjadi orang yang banyak diam atau orang yang selalu jujur kerana diam itu keselamatan dan baik; dan jujur itu suatu kemuliaan yang disukai oleh Allah dan manusia.

Membimbing diri

Barangsiapa mampu menasihati dan membimbing dirinya sendiri, maka Allah akan selalu memelihara dan menjaganya.

Jangan marah-marah

Umar ibnul Khatthab r.a  berkata : Marah-marah adalah kunci kejahatan dan barangsiapa memperturutkan hawa nafsu dan kemarahannya, berarti dia terbimbing ke neraka.

Takwa

Rasulullah s.a.w bersabda: Bertakwalah kepada Allah di manapun kamu berada. Dan iringilah perbuatan buruk dengan perbuatan baik nescaya ia akan menghapuskan. Dan bergaullah bersama manusia dengan akhlak yang baik.

(Hadith Riwayat Athtirmidzi dan Ahmad)

Calon menantu

Kuih serabai manisan betik

Dihidang juga pisang sesikat

Mengaji pandai rupa pun cantik

Lembut bahasa ramai terpikat

(dipetik dari facebook ibu saudaraku)

Nasihat Nabi s.a.w kepada Ali r.a

Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya:

1) Jujur dalam berkata-kata.

2) Menjauhi segala yang haram.

3) Merendahkan diri.

 

Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya:

1) Merahsiakan ibadahnya

2) Merahsiakan sedekahnya.

3) Merahsiakan ujian yang menimpanya.

 

Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya:

1) Takut berlaku dusta dan keji.

2) Menjauhi kejahatan.

3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

 

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya:

1) Mengawasi dirinya.

2) Menghisab dirinya.

3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

 

Semoga diberi taufiq dan hidayah untuk kita memiliki kesemua sifat-sifat tersebut amiin…

Malu

Barangsiapa menghiasi dirinya dengan sifat malu, maka orang lain tidak akan menemukan aibnya.